Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Timbalan Ketua Polis kota Kordestan malam kelmarin memaklumkan dihadapan wartawan bahawa, "Tepat jam 5:10 petang dua orang yang berjalan di Medan Azadi kota Sanandaj menghala ke pos kawalan polis telah melepaskan tembakan sehingga 4 orang anggota pasukan keselamatan dan seorang awam gugur.
Timbalan Komander Polis wilayah berkenaan, Ebrahim Kazeminejad menambah, "Pengganas telah menggunakan senjata Kalashnikovs, selain 5 orang gugur 5 orang yang melalui jalan tersebut mendapat kecederaan".
Beliau berkata dengan seris, "Operasi mengenal pasti dan mencari telah bermula untuk menangkap mereka yang bertanggungjawab melepaskan tembakan ini dan petunjuk yang berkaitan sudah ada".
Kazeminejad menyatakan beliau menjauhkan diri dari memberikan pernyataan yang lebih demi keamanan. Kata beliau lagi tujuan utama tembakan ini hanyalah untuk mewujudkan ketakutan dan kengerian di kalangan orang awam dan berkata, "Pos kawalan polis di Medan Azadi hanyalah kawalan trafik".
Sehingga kini tidak ada satu pun kumpulan pengganas yang berkaitan dengan rejim Amerika dan Zionis mengaku bertanggungjawab terhadap serangan ganas ini.
Ketua Polis Kurdestan Ali Muhammadi mengumumkan nama-nama polis yang gugur syahid ialah: Ahmad Ja'fari Hashimi, Mustafa Karamati, Ramin Amir Qalbi dan Syahram Nasrul Elahi.